Tuesday, December 25, 2012

UNITEN, sejak may 2012


All of the past posts, aku rasa aku ada cerita pasal enrollment aku in uniten.

Masa dulu  nak masuk uniten hari hari aku dok google benda yang sama (uniten putrajaya, uniten bangi, uniten best, uniten bosan dll)l lepas tu syok sendiri nak jadi engineer walhal tak pernah terlintas dalam fikiran nak amek course ni. Nak jadi peguam syariah, BM B.. Nak jadi dentist, biology pun B. BANGANG azali kan sebab bio dengan bm sama je level bodoh dia. So nak taknak in win win situation amek lah course engineering. Dah tahu diri tu susah nak bawak kemanakan, mengada nak amek foundation. Alhamdulillah, dalam diam dah nak habis trisem 2 dah tak sangka lah I have been through all these, at last.

Uniten patut bangga ada student macam aku. Belum jadi student pun aku dah setia dengan uniten. Orang lain senang lenang pergi edu fair bwk result dapat offer letter time tu. Aku? Aku dengan bella pergi office uniten. Datang datang akak tu cakap boleh masuk ni (sebab result memadai) TAPI TAPI TAPI pegawai yang nak keluarkan offer letter tu meeting taktau bila balik. Akak tu suruh balik dulu. Wow seperti rumah aku dekat area bangi pulak kan. Nak taknak aku dengan Bella tunggu tunggu dan tunggu. Punyalah kan. Akhirnya bayar lah BMK, sebanyak rm500.. But now takde rezeki nak study dengan Bella, she’s now kat UiTM Palam asasi engine juga…

Macam biasa nak masuk mana mana uni korang mesti hadap satu hell hole which is orientation. Senang je benda ni dia suruh diri, kau diri, dia suruh duduk, kau duduk. Time waktu makan, makan. Dia suruh jerit, jerit. Tapi jangan terperanjat kalau dia suruh kau menari macam kanak-kanak. Kau buat je, benda tu tak lama, seminggu. Bila lagi nak jadi kanak kanak lepas ni kan? Tu saja lah peluang yang ada. Tapi orientasi banyak membantu. Membantu aku tidur time ceramah. Kau hengat senang balik pukul 12 bangun pukul 530 pagi? So, enjoyyyyyy.

Pada yang betul betul datang sini buat foundie, jangan la main main. Once dah masuk (mana mana uni pun sama aku rasa) kau akan tengok atmosphere semua orang bersaing. Quiz, assignments semua bersepah. Time nak final exam library tu macam rumah kedua. Rumah ketiga selalu alamanda lol. Sikit sikit test, sikit sikit test. Masa trisem satu tak rasa beban sangat sebab ada computing dengan English.. Membantu sikit sebanyak cgpa nanti (membantu ke…..atau aku yang kurang cerdik sbb result aku pun macam hidup segan mati tak mahu?)
Masuk trisem 2, jap jap japp macam tak seprais lah kan. Tunggu la sendiri nanti. PHYSICS DO PHYSICS…. DIA MACAM KAU TERINGIN NAK JADI ENGINEER LEPAS TU PHYSICS KAU KANTOI MACAM KAU DABEL CLICK KAT GOOGLE CHROME TAPI TAKDE INTERNET ACCESS.
 Lagi lagi aku yang amek electrical power lepas tu physics bab electric kantoi, rasa macam…..kau dah tau kau gemok lepas tu beli lagi seluar skinny saiz xs. Haih.
So far takde masalah lagi kot aku kat sini.
Budak budak culture shock pun aku jarang jumpa.

Monday, December 24, 2012

Berlagakkkk

First of all aku kesian tengok keadaan blog sendiri yang backgroundnya theme galaxy.... Tulisan ada yang separa nampak separa tak nampak.... dan yang paling penting, WARNA PINK. Fikir balik, semangat kerajinan aku masa zaman kegemilangan MySpace tak boleh bawak runcit runcit. Edit pungpang html dan sebagainya acah acah programmer. Mampu kau hide comment? Mampu kau nak letak glitter biru merah hijau jalur besar jalur kecik? Makan masa. Selagi tak siap jangan harap aku nak pergi sekolah esok paginya, bodoh piang waktu tu.

Oh cerita pasal berlagak, dah 18 tahun duduk dalam muka bumi ni aku banyak jumpa jenis berlagak tak bertempat. Aku rasa aku penah kot terberlagak tapi just nak encounter orang yg berlagak dulu lah, atau pun time tu tengah separa sedar so tak sedar aku da berlagak, ayat macam hindu okay takpe.

Situasi 1 : 'MAK AKU SURUH PILIH NAK BELIKAN AUDI KE KERETA LAMBO. PENING LA MAK BAGI BANYAK PILIHAN NI, ADOII HMMM TOLONG'...

Kau diam diam je lah pilih tak perlu nak gelabah tetek nak post kat timeline twitter, facebook, bbm, whatsapp dan sebagainya, Oh lupa, audi dengan lambo kan? So hardcore ah guys both of the cars are so damn expensive ah yet their parents still wanna bought it for em. Hardcore. 

Situasi 2 : OH PHYSICS AKU DAPAT 44 PER 50 KAUUUUU?

Orang macamni senang je kau nak detect. Kalau markah dia rendah dia takkan tanya. Kalau markah dia tinggi dia akan sebuk dok tanya kau dapat berapa markah physics sbb dia tahu semua orang bodoh kecuali dia. Lepas tu jenis tak boleh terima hakikat kalau orang lain lebih dari dia. Ayat cliche 'ah kau nasib je tu' 'ala lecturer kau bg markah bonus sbb kesian kat kau' 'kau dah tiru kawan kau..aku buat sendiri' 'lecturer kau salah tanda' 'kau mmg bodoh walaupun markah kau lagi tinggi dari aku' . Saja nak sedapkan hati sendiri, in the end tak kurang tak lebih. Tuhan maha adil. 


Situasi 3 : BAPAK AKU BWK KERETA CALDINA AKU LEPAS TU DIA TAK BALIK RUMAH APA PUNYA BAPAK LAH MACAMNI

Hello semestinya kereta bapak kau sponsor. Jangan lah buat lawak, bulu ketiak aku tak sanggup nak menari lah :( aku juma tweet lebih kurang macamni kat twitter aku.. Aku sebak sangat somebody please dig a grave for me i wanna cry in it.

Situasi 4 : MY STUFFS LAGI BAGUS DARI STUFFS KAU ADA. 

Ini macam kesian sedikit. Sebab kadang2 aku selalu nampak orang orang macamni lambat laun komplen jugak barang dia tu. Washing machine auto tak bersih lah, tv plasma lcd tak berapa nak HD lah, whatsapp kat ipong kena beli lah, dan sebagainya, Jenis tak pernah bersyukur tahu tak? Dan selalu condemn barang orang. Benda biasa. Selalunya yang culture shock jadi macamni. Yela, dari washing machine manual tiba2 tukar auto tak jakun ke? Tak macam wowwwww macamtu? Kita doakan yang baik baik je!

In the end, layankan je orang yang macamni terhibur jugak hati, balik rumah boleh ketawa puas puas. 

Sekian



Sunday, December 23, 2012

Berhabuk!

*kenduri doa selamat*
*bacaan doa akhir tahun*
*buka buku ustaz azhar idrus bagaimana cara menghalau setan kat rumah*
*call rancangan 30 minit bersama ustaz don tanya jin setan yg menetap di blogspot since june 2012 dah lari ke belum*

Assalamualaikum readers, (bajet ada, takpe syok sendiri)
Dah lama tak berkecimpung dalam bidang blog ye. Sejak jun tahun ni, busy gamaknya maklum lah budak engine, lepas tu foundie pulak tu (berlagak alert). Tengok sekeliling suasana semua orang bersaing, nak makan nasi putih dengan ayam goreng kat foodcourt bersaing tau bang. 

Yang paling penting aku update pakai laptop baru! Aku tak berapa berkenan dengan keypad dia asyik typo je, maybe belum biasa, Biasa lah keypad laptop dulu rabak. Sometimes on pakai pc yang ghabak, keypad dia lagi syok. Keypad eh nama dia? Whatever you name it kay, janji aku faham bahasa aku sendiri!

1) Weh mana menghilang? (haa kau, sendiri tanya sendiri jawab ok. Q&A self-built)

- Busy, dan takde internet connection dan laptop. Kalau ada pun, tak berkemampuan nak menulis.

2) Cara penulisan kau nanti sama tak macam dulu?

- Dari bulan June sampai sekarang aku rasa aku dah berubah sikit, tak banyak, rasanya akan ada sedikit perubahan kot. Maybe dah takde lawak hambar mcm lawak sekolah aku dulu kan? 

3) Kau buat apa busy gila ni weh?

- Nak kata study, tak, Aku rasa aku busy whatsapp dengan instagram.

4) Ada ke orang nak baca blog kau ni? HAHAHA kau bukan femes.

- Lanthak. I write to express. 

BTW, boleh jenguk2 tumblr kalau nak

interestedmuch.tumblr.com

Thank you :)

Sunday, June 3, 2012

Penang

Siapa pergi neh? Manusia ke? Monyet ke? Mari kita lihats.


Ini dalang segala dalang.
Ini tok penghulu segala tok penghulu.
Bawak kereta kat Penang, licence-less.
Benda benda mcm nak accident tepi corner tu benda biasa.
Nama manja, shamiera. Nama garang, sham.



Ini co-pilot. Nama depan Rabb, nama belakang Biah.
Gabungan, Rabiah. Dia ni rare. Bukak je tingkap sambil cakap goodmorning terus kami dihidangkan dengan boxer bangla. Bukti.


Comel kan boxer bangla tu :3


Ini hero segala hero
Nama manja? Toba.
Nama gangster? TOBA.
Penyelamat dunia akhirat. Kuat tidor dalam kereta.





Ini ketua GPS. 'Erkkkkkk kiri kiri! Ok depannnn. Kanan. ERKKKKK! Shamiera, kita dah salah lorong........'
Nama manja Nisa. Nama gangster? Budak straight A's 

Ini penggoda nombor 1.
'Julieee..... Bangun... Jangan lah tidur lagi...'
Aku bukak je mata. Damn, DIA DAH SELAMAT LANDING ATAS AKU.
EH TERCAPS LOCK.
Naseb tak gesel bagai di bagai.
Ops.



Okay ni contestan paling comel k. Sape tak kenal ni mmg uols kampungz k.

Enjoy.




Time ni Toba cerita pasal MPP dan sebagai.





Gembira dapat lunch.
Tunggu ABC cekodok basi :s
 
Pencerobohan Hard Rock Hotel

Siapa pergi Penang tak pernah lalu depan ni, better korang recheck korang pergi Penang ataupun pergi istana bunian?


Shuffle bak kata mat saleh.
Zapin bak kata meleis.
  Tak pasti ni otw ruku' ke sujud

 
Nasi kandaq line clearrrrrrrr
Okay ni dekat Ali's Motel :3
Ni masa naik buggy :3 ni dua ekor beruks.
 Padang Kota Lama time ni sedang enak menyaksikan kapel tengah cemolots

YOLO YOLO YOLO YOLOOOOOO


Lepas ni, insyaAllah next trip is either Tioman or Sabah.
Nak pergi Sabah so bad!!

Thursday, May 31, 2012

Tidor 4.0

Pandang kiri, buku Physics.
Pandang kanan, buku Calculus.
Pandang depan? Nampak perkataan Physics dengan Calculus.
Benda benda mcmni, aku dah boleh bwk tidor. Tapi silap besar lah class takde di hari khamis yang separuh mulia ini.
Dari semalam sampai pagi tadi aku tidor. Kejap lagik tidor balik.
Esok class, balik tidor. Bangun tidor pun aku agak sebab mak aku call cakap dah sampai Kelompok Ilmu, sampai rumah takkan nak main golf? Takkan nak bersihkan almari adik? Takpun nak approvekan friend requests facebook kawan aku? Beragak sikit eh!

Bila fikir balik BILA AKU NAK BERUBAH NI?!
BILA AKU NAK START BELAJAR NI?
ENGINEERING BUKAN SUBJEK RUNCIT RUNCIT NAK BWK MAIN MAIN?!

Sudah cukup sudah. Daripada aku membebel tak tentu hala, malam jumaat mcmni.
Aku share gambar korang dengan facilitators aku.
Gambar gambar boleh bawak mahal.


BUKAN! Gua bukan yang pakai baju kuning shawl hitam tu?
Jauh panggang dari api.
Aku yg kaki senget alaala Kim Kardashian tu.
Yang ini group E4. Ketua dia Nash. Nash la ketua group, Nash la ketua mass.

G double O D J O B!
GOODJOB GOODJOB GOODJOB!

Julia, kau dah boleh bwk selawat banyak2 dan tidor.

Tak sbr esok nak balik rumah.
Itu baru betul betul pusaka tersayang.


TEAM RUGBY EH KBAI




Saturday, January 21, 2012

I guess you know me better.

Sejak aku kerja kat sini, last aku off day masa bulan 12 haritu. Itu pun pasal aku kena paksa balik kampung. 2 hari, terbang rm 80.00. Tapi pasal family, gua tak heran sangat dengan duit tu. Yang gua heran bila boss ada cakap belakang pasal gua. Itu takpe sebab gua pun nak berkepul air liur kutuk dia. So no hal lah.

Ampang Point just declared its closure this 23rd January due to Chinese New Year Celebration. So konfem la aku cuti. Dalam hati memang nak berehat semua tapi mengenangkan kawan baik terus aku tak jadi. It's better for me to spend my time with them. So I've planned something. Kitaorg memang satu kepala, so karaoke WAS our choice. If you want to blame me that I've mentioned your boyfriend about our plan at Twitter just think that one day he will know about that. Sooner or later. Itu tak termasuk list lagu yg gua dah catit dalam note pad bos gua! Diam diam gua koyak note pad dia tu semata mata sebab gua tak nak bazir masa kat karaoke pilih pilih lagu. And then he wants to follow. I was, actually, ok with that. But I was thinking, bila masa lagi nak spend time sama sama? If your boyfriend follows, then who am I? A statue who gives a fuck? Aku cakap sebab aku pernah terkena. Dengan org yang sama jugak, antara ingat atau tak ingat.

Macamlah aku tak boleh apply cuti. Aku boleh je apply cuti. Tapi isnin ni aku cuti, just go for it. Sebab lepas dari habis paper bio haritu aku tak jumpa dia, it's been a month and half dude! But you can simply meet him anytime you want right? Aku rasa past few days kau ada jumpa dia. And tengok movie pun kau ada jumpa dia.

Berapa tahun kau kenal aku? Berapa bulan kau kenal dia?


I am talking about boyfriends over bestfriends.
Aku ada jugak boyfriend and of course I want to spend time with him. But I give myself, and himself a space. It's just my own opinion dude. You've got to respect what others want to do sometimes. Even if she's your girlfriend.

I am fucking pissed.


Monday, January 9, 2012

Barbie sangat?!

Aku teringat lagi, zaman zaman aku darjah 5, aku ada musuh dak dak perempuan darjah 6.

'Awak awak, kita ada patung barbie banyakkkk kan? Ada lima' kata salah sorang dak darjah 6 tu kepada rakan rakan beliau. Apa ke sial palis perangai dia sengaja nak buat group aku jealous!!

'Eleh, kita ada majalah Bintang Kecil kan kan kan?' Aku pulak dengan perangai jilaka jawab balik, bab jeling jeling jangan cerita la. Aku ingat lagi time tu aku tengah makan nasi lemak ayam SK Setiawangsa yang harga nya pada waktu tu cuma rm1.50. Sekarang mana boleh go bhai, kalau lu takde rm5, jangan harap ayam lu nak pandang! Agaknya2 telur je kau dapat! Ikut naseb, telur putih selalunya di beri! Telur kuning makcik tu dah korek dulu, kemut punya pasal!

Masuk form 1, pergh asal lah aku nampak group ni lagi! Berapa ekor barbie pulak dia nak canangkan kali ni? Mentang2 kau senior habes la time tu kau form 2? Gua tau sape gua, kasut B-FIRST (kan?) zap on gua lu jadikan bahan gelak!! Beg gua yang besar ni pun lu hina! Tapi gua tak pernah hina result UPSR lu dulu mana ada A langsung?! Ceh.

Masa form 1, gua punya kebodohan ni bukan main kepalang. Ada sekali gua dapat 48 dalam Sejarah, antara E nak ke fail rasanya. Kadang kadang gua kesian jugak dekat Parameswara, soalan pasal dia pun gua tak dapat jawab? Kantoi main passing passing jawapan pon pernah time Sains. Cikgu ugut nak potong 60 markah. Sains gua pulak cukup cukup makan. Let say gua dapat 69, kalau tolak 60 tak ke 9 peratus je gua dapat? Lain kali tolak je seratus terus.

Tapi serious gua rindu sekolah beb.

 Aku rindu bangun pagi taknak pergi sekolah. 

Aku rindu nak text Bella 'weh g sekolah tak harini?'

 Aku rindu adrenaline rush kalau Cikgu Zafinaz nak tengok kerja Addmath dah siap ke belum.

 Aku rindu gelak sakan dengan Bella. 

And most of all, aku rindu being with the friends for everrryday. Sabtu ahad jumpa kot time tuition! But not now right? Rindu sialll.

p/s : 'inilah wilayah bumi yang bertuah.. maju membangun di julang megah.. aman sentosa di sepanjang masa.. - Ini gua rindu!