Tuesday, December 25, 2012

UNITEN, sejak may 2012


All of the past posts, aku rasa aku ada cerita pasal enrollment aku in uniten.

Masa dulu  nak masuk uniten hari hari aku dok google benda yang sama (uniten putrajaya, uniten bangi, uniten best, uniten bosan dll)l lepas tu syok sendiri nak jadi engineer walhal tak pernah terlintas dalam fikiran nak amek course ni. Nak jadi peguam syariah, BM B.. Nak jadi dentist, biology pun B. BANGANG azali kan sebab bio dengan bm sama je level bodoh dia. So nak taknak in win win situation amek lah course engineering. Dah tahu diri tu susah nak bawak kemanakan, mengada nak amek foundation. Alhamdulillah, dalam diam dah nak habis trisem 2 dah tak sangka lah I have been through all these, at last.

Uniten patut bangga ada student macam aku. Belum jadi student pun aku dah setia dengan uniten. Orang lain senang lenang pergi edu fair bwk result dapat offer letter time tu. Aku? Aku dengan bella pergi office uniten. Datang datang akak tu cakap boleh masuk ni (sebab result memadai) TAPI TAPI TAPI pegawai yang nak keluarkan offer letter tu meeting taktau bila balik. Akak tu suruh balik dulu. Wow seperti rumah aku dekat area bangi pulak kan. Nak taknak aku dengan Bella tunggu tunggu dan tunggu. Punyalah kan. Akhirnya bayar lah BMK, sebanyak rm500.. But now takde rezeki nak study dengan Bella, she’s now kat UiTM Palam asasi engine juga…

Macam biasa nak masuk mana mana uni korang mesti hadap satu hell hole which is orientation. Senang je benda ni dia suruh diri, kau diri, dia suruh duduk, kau duduk. Time waktu makan, makan. Dia suruh jerit, jerit. Tapi jangan terperanjat kalau dia suruh kau menari macam kanak-kanak. Kau buat je, benda tu tak lama, seminggu. Bila lagi nak jadi kanak kanak lepas ni kan? Tu saja lah peluang yang ada. Tapi orientasi banyak membantu. Membantu aku tidur time ceramah. Kau hengat senang balik pukul 12 bangun pukul 530 pagi? So, enjoyyyyyy.

Pada yang betul betul datang sini buat foundie, jangan la main main. Once dah masuk (mana mana uni pun sama aku rasa) kau akan tengok atmosphere semua orang bersaing. Quiz, assignments semua bersepah. Time nak final exam library tu macam rumah kedua. Rumah ketiga selalu alamanda lol. Sikit sikit test, sikit sikit test. Masa trisem satu tak rasa beban sangat sebab ada computing dengan English.. Membantu sikit sebanyak cgpa nanti (membantu ke…..atau aku yang kurang cerdik sbb result aku pun macam hidup segan mati tak mahu?)
Masuk trisem 2, jap jap japp macam tak seprais lah kan. Tunggu la sendiri nanti. PHYSICS DO PHYSICS…. DIA MACAM KAU TERINGIN NAK JADI ENGINEER LEPAS TU PHYSICS KAU KANTOI MACAM KAU DABEL CLICK KAT GOOGLE CHROME TAPI TAKDE INTERNET ACCESS.
 Lagi lagi aku yang amek electrical power lepas tu physics bab electric kantoi, rasa macam…..kau dah tau kau gemok lepas tu beli lagi seluar skinny saiz xs. Haih.
So far takde masalah lagi kot aku kat sini.
Budak budak culture shock pun aku jarang jumpa.

No comments: