Alhamdulillah, ibu masak tak pernah menggagalkan (ada ke jenis imbuhan macamni?) . Lauk ayam masak kicap tadi sumpah sedap, tinggal nafsu nak tambah nasi sampai 5 pinggan tu tak berombak pulak harini. Sekadar 1 pinggan je, tu pun nak termuntah sebab minum air banyak sangat. Aku penat balik sekolah, jalan kaki ke hulu ke hilir, korang naik moto naik kereta, so senyap je lah. Hek eleh.

Aku dah nampak dah mana botol air aku aku dah nampak yang manaa!
Tadi dekat dalam bas, aku bukak bag aku, tengok apesal lah bag ni macam ringan semacam je. Jeng jeng jeng, botol air tertinggal!! Jangan main2 gua punya botol air BROS kot! Harga baru puluh ringgit ke bawah, rm 20 macam tu tapi style tak payah cakap. Nak, tengok kat Jusco ada banyak, kat kedai buku Popular pun ada, walaupun nama dia kedai buku tapi dia sumbat sekali botol air.
Berkenaan dengan tajuk, lepas bas tu berhenti kan aku depan RISDA, aku jalan ke depan, menuju ke arah gerai2 makan tu. Aku nak beli hundred plus, kasi tambah sikit tenaga aku nak bergerak ke rumah aku yang sebenar benarnya dalam 1km tak pun 1km setengah mcm tu. Tapi kalau pejam mata mungkin tak sampai la kot 1 km?
Dari jauh aku nampak beberapa orang budak lelaki STERK(kalau bebal sangat sterk ni lebih kurang bajet2 hot la) tengah minum air teh ais dan juga air suam. Dalam empat orang. Aku time tu sebok tengah main game tembak2 benda bulat2 kat henpon. Sejak aku beli henpon sampai sekarang, dah level 22 dah aku main, nak naik ke level 23 tu payah sangat. So, kalau korang pikir korang hebat game perang, lumba, bola, sehingga dah habes level, baktang main game tembak benda bulat2 ni, takkan lepas2 jugak level tu. Game ni saiko dia lebih -.-
Nak di jadikan cerita, sebelum aku melalui depan diorang, aku dengar dorang jerit 'hoi budak kurus!' bukan diorang laaa, tapi sorang di antara nya tu. Memandang kan mata masing2 tengok ke arah lain, aku pun ikut sama pandang ke arah tempat diorang tengok. Seorang budak perempuan, berbadan agak gempal, pakai baju T-Shirt merah seluar jeans biru, lalu depan diorang. 'HAHAHAHAHAH' budak lelaki tu ketawa tak ingat mak bapak. Sebab nya, budak perempuan tu pandang dan terpengaruh dengan seruan 'hoi budak kurus'!' tu.
Aku tengok budak perempuan tu tunduk, malu. Lu fikir, dalam gerai tu ada jugak mamat mamat lain, tapi mungkin dorang tak amek port la kot? Tapi kesian dgn budak perempuan tu ye. Konon nya di sini, budak perempuan tu telah perasan yang dirinya kurus tu pasal lah dia pandang teguran bebudak lelaki jahanam tu tadi. Di sebaliknya, budak perempuan tu tau yang dia berbadan besar dan biasalah kita manusia, benda kalau dah boleh menarik perhatian takkan taknak tengok kot? (mcm jeritan budak lelaki tersebut)
Apa yang aku nak cakap di sini ialah, bro bro empat orang tadi, lu pergi tukar seluar sekolah lu dengan seluar lain dulu baru nak ejek2 orang la. Lu pergi beli baju Paul Smith original dulu la sebelum nak kutuk2 orang. Muka lu yang berkarat tu, lu tak dapat putih kan lagi, manakala budak perempuan tu naik Merc kot, dan bila2 masa boleh beli ubat langsingkan badan, tinggal dia je taknak, mungkin bersyukur dengan apa yang Tuhan kasik.
Lu tengok air yang lu minum tu bro, gua doakan je budak perempuan tu simbah air teh dgn air suam kat muka lu tadi. Apa barang hisap rokok Suria brooo? Lu gelakkan orang, tak semestinya orang tak gelakkan lu.
p/s : Apa yang ada dekat kita sekarang, semua datang dari Allah S.W.T. Mana satu nikmat yang diberi oleh-Nya korang semua nak persoalkan? Astaghfirullah.
No comments:
Post a Comment