Ada sesetengah hamba Allah yang komplen aku ada banyak typo dalam setiap entry. Aku jenis yang tak cek balik apa aku tulis, sebab pada aku, aku dah luahkan segala benda masa aku tulis. Aku rasa readers faham walaupun typo. Contoh nya macam entry sebelum ni aku tulis kemafaan, pandai pandai korang lah faham itu maksud nya kemaafan. takkan perkataan kemafaan ada iras iras perkakataan 'pensil warna' pulak? Tak pun aku salah eja Richard. Aku eja Ricahrd. Dah sah sah kalau kau tak scrutinize pun kau tau tu Richard, bukan M Daud Kilau.
Entry kali ini aku nak certia sikit pasal balik kampung. Aku tak pernah gagal dalam urusan balik kampung. Yang selalu fail ialah bapak aku, dia busy so semua orang faham. Bila aku busy semua orang cakap itu satu alasan. Amek contoh tahun ni aku SPM, mak aku buat muka bila aku suruh dia balik sorang dengan adik aku. Masalah sekarang hati aku dah bersih sekaligus otak merelakan aku pergi ke seminar seminar anjuran pusat tusyen tu. Ok walaupun aku ni jenis pergi seminar tapi keputusan macam tu jugak, atleast ada sikit ilmu aku dapat, dari tak dapat langsung.
Aku kepelikan. Setiap kali cuti sekolah, nenek aku sakit. Okay, kalau dia sakit bebetul memang aku tak boleh buat apa, tapi memang setiap cuti sekolah ini yang aku dengar. Masa bukan time cuti sekolah, eh takde pulak dia nak sakit. Bukan aku nak kurang ajar atau biadab di sini, perkataan 'sakit' tu sekaligus buat mak aku susah hati tau. Aku faham adik beradik mak aku lain2 semua jenis yang tinggal kat kampung, so setakat rumah nenek aku dgn rumah nenek dorang tu celah kangkang je. Kalau belum kangkang pun, rasanya dah sampai.
Aku tengok kawan kawan yang lain takde pompang sana sini pasal nak balik kampung. Ada satu tu, dia sendiri nak balik kampung tapi mak sendiri halang. Adakah ibu aku seorang yang tak memahami? Aku taktau nak cakap apa, tak elok tuduh ibu sendiri.. Tapi nanti bila result aku teruk. Aku jugak kena bebel. Bila aku taknak pergi tusyen sebab malas, dia marah. Bila aku nak pergi seminar, boleh pulang dia selamba je ajak aku balik kampung, mcm SPM tu senang dia macam naik roller coaster.
Aku dah tekad, aku duduk sana seminggu je. Mak aku jenis kalau 8 minggu cuti, 10 minggu dia balik. Sesetengah orang akan cakap yang aku belum rasa lagi macamana perasaan bila mak jauh, tapi alasan yang digunakan tu, for me it's unbearable. Tolonglah, SPM sekali seumur hidup ibu, tapi macamana ni?
No komen. Saket hati aku masih bersisa. Buat dosa je
p/s : kali ni aku tekad seminggu balik, aku terus nak gerak KL dengan pakcik aku sorang tu. Semangat nak seminar berkobar kobar. Duduk dekat kampung, aku tidur je nanti.
No comments:
Post a Comment