Salah satu sebab aku taknak balik kampung aku - aku takut aku taknak balik sebab dah selesa sangat. Kejadian ni berlaku sejak aku dari Form 3 lagi, bila semua sedara mara aku baligh dan meningkat dewasa. Kalau nak kira kira, benda benda jahat yang aku buat semua datang dari ajaran sesat para cousin sendiri. Sampai je aku kat kampung, aku takde selera nak makan. Penyebabnya sebab aku dah bedal KFC lunch set yang mula mula aku stanby not RM 5O dalam genggaman, padahal harga tu rupanya setakat rm4.95. Kalau bundar jadi RM5. Sama je dengan nilai hari hari aku topup.
Dekat kampung panas dia kau tak payah cerita. Kipas ada dua je, satu kat rumah atas satu kat rumah bawah. Yang tu kira okay lah, tu belum masuk zaman masa aku kecik satu keluarga berebut kipas yang jumlahnya hanya satu. Tapi masa kecik mana aku amek port sangat? Banyak masa terluang main kejar kejar police and thief (kalau dalam Msia polisentri) , takpun main galah panjang. Eh galah panjang ke? Lebih kurang la? Atau pun main nyorok2. Tak macam si al pulak aku pernah kena jadi yang tukang cari orang menyorok tu. Semua cousin2 dok pakat nyorok belakang rumah Mak Cik T (bukan nama sebenar). Di mana aku sendiri takut nak pandang kelibat rumah tu apa lagi nak menyorok di belakang rumah tu sebab ada mulut puaka cakap rumah tu berhantu, ada jin la ada saka rimau la, ada isim kuda kepang dan macam macam lagi benda benda tahyul, kurafat, syirik.
Hampir dua minggu aku memanaskan my ass di kampung, apa yang aku buat ialah naik motor untuk beli air Jus Tea yang harga dia seringgit. Dia punya nikmat bila air tu masuk dalam tekak perghhhh hanya tuhan je yang tahu. Paling syok pun aku tengok movie, macam cerita Step Up 2, Lagenda Budak Setan, Pirates of Caribbean yang latest punya, Kung Fu Panda 2, Kongsi. Rumah nenek aku macam ala ala wayang lah konon nya. Special sikit la sebab gua boleh baring tak macam dalam movie bebetol, boleh duduk sambil makan popcorn, minum air. Tapi kat rumah nenek gua bukan setakat popcorn, asam pedas ikan pari pun gua bedal je. Special tak special la kan?
Itu belum masuk part gua main game Bounce dalam Iphone 4 dan juga game game berunsur racing yang kalau kau tak pandai nak handle iphone4, kau boleh terus masuk dalam bilik, tidur.
'Apa menda kau ni Nabila, main tu pun tak pandai ke?!' , sedara aku namanya S, maki hamun masa aku main game kat Iphone4, sikit takde rasa bersalah.
'Hek eleh kau, rilek laaa,' Aku balas macam nak taknak sebab focus kat game depan mata aku
'Weh, bak sini lah aku main!' Si S rentap je iPhone4 pakcik aku tanpa rasa segan silu. Pakcik aku pun jeling2 iPhone 4 dia, takut kalau terjatuh calar bengkak dan sebagainya.
'Babi kau S! Kau siap la malam ni kita lawan Snake Xenzia kat henpon nenek! Gua nak tengok lu boleh tak celen gua dapat score 3ooo ke atas! Kita tak payah main kempen kita main klasik sudah. Kita tengok siapa jadi Snake Master, haktuih!!', aku warning S habis habisan.
Bersambung.
No comments:
Post a Comment