Berlagak pun tak, apatah lagi bergalak. Memberi galakan lagi menyimpang, masyaAllah.
Bukan nak cakap apa, kepada sesiapa yang pernah hina ejek diri ni sebagai budak sekolah, korang sebenarnya dah boleh menapak berundur beberapa tapak ke belakang. Silakan.
Pasal SPM, kita berserah pada takdir. Macam dalam cerita Ombak Rindu, Lisa Surihani ada sekali menegaskan 'redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah'. Pada aku kalau menyerah... Aku mungkin berada dalam kesedapan. Muahah. Sekarang ni untuk menampung diri sendiri termasuk adik gua yang asyik asyik mintak benda bukan bukan mcm barang barang ben10, mcdonalds dan sebagainya, gua kena bekerja keras. Kerja beb. Gaji 4 angka okehhh korang setakat 3 angka?! Nak beli tisu 30sen pon berkerut dahi hahahahai gurau!
Bukan susah nak susah, bukan senang nak senang. Masa gua tulis ni, boss gua entah merantau pergi mana. Dulu aku dengan partner bukan main risau kalau boss tak de kabar berita. Sekarang, lu nak pergi mam pon, silakan yang berhormat! Bayangkanlah, boss kalau datang, dunia jadi kelam kabut. Mana kesah waktu tu spender kau terbalik ke apa, depan boss bukan pijak semut, pijak kaki sendiri pon tak tentu nya mati! Serious, try lah!
Aku baru lepas isi borang UPU yang aku sebenarnya menyampah kalau dia suruh isi alamat an yang berkaitan. Hello, pada aku alamat alamat ni, lu mintak masa nak merisik je la. Lu pergi tanya gaji bapak gua apahal? Memang jenis jaga tepi kain orang? Kalau gua kata gaji bapak gua 700 ada uols nak tolong? Tolong gelakkan? Haremmm. Eh aku nak share ni apa yang aku dah isi tadik. Uols kena baca! Gua menapak pergi BSN kawasan Ampang naik selipar gua beli kat kedai Moooi harga nya lagi seposen nak jadi rm40! Sadis, gua pakai baju kurung, matahari pulak jenis yg tak tahu malu saje nak showw off!
ASASI SAINS HAYAT (UM)
ASASI SAINS (UiTM)
ASASI SYARIAH (UM)
ASASI PERGIGIAN (UIAM)
DIP KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KUASA) (UiTM)
DIP SAINS AKTUARI (UiTM)
DIP KEJURUTERAAN KIMIA (UiTM)
DIP KIMIA PERINDUSTRIAN (UiTM)
Ni semua gua dah pikir masak masak. Ni gua bukan dah masak, dah telan dah makan sekali! Baki kemaskini gua dah jadi 0. Ini memang sampai ke mati mana boleh tukar! Asal lu orang bagi 3 kali je kemaskini? Ini semua sengaja nak bagi aku confuse. Lain kali tak payah buat kemas kini!
ok la fine asasi ni untuk dak dak cemerlang je, tapi argh baik lu diam! gua nak cari diploma pergigian mana ada!
No comments:
Post a Comment