Friday, July 15, 2011

berhenti

Kita berhenti dulu cerita pasal social network yang aku canang canang kan dalam entry lepas. Kita cerita pulak pasal benda lain. Budak sengal tag yang nama nya Bella dalam nametag sekolah ejaan Bella tu tukar menjadi Raudhah, dia tak datang hari Khamis minggu ni. Jadinya ketika berbaris (aku harus kah duduk depan kerana di atas nametag 'Julie' semua orang akan terbaca lagi satu tag gebang yang bukan calang calang pakai 'Penolong Ketua Kelas'. Itu pun gua jarang sangat pakai, pakai pun kadangkala je, aku simpan dalam pencil case nanti orang cakap aku takbur, bangga diri. Biarlahh rahsia. Aku bukannya bertanggungjawab. Borang MKM pun aku kadang kadang lupa nak ambik, tu pun kalau Ketua Kelas (Amirun Anis, bawak motor ego S warna merah, KRS) tak datang.

Apabila si Bella tak datang, aku suruh Madihah duduk sebelah aku. Baik budaknya, surah Lokman dia hafal tak failed. Aku hafal surah Lokman, tergagap gagap. Naseb la bukan aku sorang je kena diri. Aku berdiri dengan budak lain ada kalanya sampai dua masa ok! Mata aku yang aku sayang sudah di pakaikan contact lens, terus merenung buku yang di pegang oleh Madi. Terdapat potongan ayat ayat Al-Quran di situ, wow. Tetiba hati aku bertukar menjadi lembut. Aku dekat dengan Madi, dia tunjuk tajuk buku tu. Lebih kurang macam 'Bidadari Syurga'. Mengisahkan tentang wanita wanita solehah zaman para sahabat, betapa mereka berjihad ke jalan Allah dan lain lain lagi.

Aku nak share berapa potongan ayat
(bukan ayat Al-Quran) yang betul betul membuatkan air mata aku hampir mengalir tapi sebab ego, aku senyum je ah.

Cerita tentang Nai'lah Al Farafishah. Terlalu setia dengan suami yang sudah tiada, walaupun Mua'wiyah nak masuk minang. Weh Mua'wiyah okkkkk!
Tapi Nai'lah telah bersumpah, 'Demi Allah aku takkan membenarkan lelaki lain menjamahku, ditempat yang dijamah oleh Uthman sama sekali!' . SubhanAllah betapa setia nya Nai'lah. :)

Ada lagi banyak sangat :) Tapi atas tu paling sedih. Bukan itu sahaja, Nai'lah juga sanggup patahkan giginya untuk kelihatan hodoh.

Errr keypad laptop ni tak sedap aku tulis mcm wtf la sambung sambung

No comments: