Okay dunia sekarang makin maju, makin canggih. Secanggih canggih dunia sekarang masih tak boleh lagi nak stopkan benda benda macam Perhimpunan Bersih 2.0 tu. Yang aku pelik, Perhimpunan Rasmi sekolah aku tak pulak korang sibuk sibuk nak hashtag kat Twitter atau upload video kat Youtube atau Facebook. Takde pulak nak masuk berita. Relevannya, perhimpunan sekolah aku lagi 'rancak' lebih lebih lagi dengan 'perutusan' yang di ucapkan oleh Pengetua, di selang seli dengan cikgu cikgu dan juga para pengawas, di warnai pula dengan lagu sekolah dan sebagai nya. Yang Bersih tu lagu pun takde.
Berbalik kepada tajuk di atas. Macam macam ragam laman sosial aku dah tempuh. Aku boleh listkan :
Firrrsssttt sekali aku register tapi tak pernah nya nak bukak - Hi5 .
Aku taktau la ni nak di kategorikan jadi laman sosial pun aku rasa macam hina sangat. Register under email julia_takgedix. YaAllah email pun dah berbaur so sial dah taktau nak comment apa lagi dah. Aku register ni semua sebab angkara desas desus budak budak kelas time aku darjah berapa tah yang mengata kan Hi5 ni best aca aca orang dewasa. Tapi tak pernah nak bukak. Gambar pun takde. Kamera takde apatah lagi gambar.
MySpace
Ini kalau nak cerita memang takde penghabisan. Rasanya aku register MySpace lepas aku habis UPSR ataupun tengah bertungkus lumus trial UPSR. Tapi yang sejarahnya, aku register ni dekat makmal komputer sekolah. Sungguh teruja aku pada kali pertamanya ada MySpace sebab ia nampak sangat cool boleh letak gambar sendiri dan juga boleh comment comment dengan mana mana mamat yang korang rasa boleh go. Yelah, dia punya perasaan bila ada perkataan 'new comment!' tu, aku sampai sekarang tak boleh lupakan. Ruang 'about me' mesti nak bajet bajet cool nak taip dalam English ataupun poyo poyo macam 'Hi my name is Julia, 14 this year, THEJANDAS, Fuck off if you hate me.' Lebih kurang laa. Tapi itu lagi mulia dari yang tulis macam 'Ni MySpace Aq Lew KimArwks' . Aku pun tak faham perkataan 'kimak' tu depa g distrort sampai kimawrks. Ce try pronounce. -.-
Ruang 'Who I'd Like To Meet' pulak kalau korang ada boyfriend sure letak gambar boyfriend la. Ironinya letak gambar boyfriend kau je. Kau takde dalam gambar tu sebab jumpa pun tak. Kalau tak pun letak berderetttt gambar kawan baik kau. Gambar tu rasanya wajib edit. Korang tak payah imagine la gambar aku dulu dulu, aku pun nak termuntah la tengok. Aku tak mengaku tu diri aku, yaiks. Kalau top friend pulak ni memang penuh drama. Macam kau ada 4 orang kawan baek tapi kau taktau nak letak mana nombor 1 2 3 4. Last2 masing2 terasa. Kalau nak dikirakan betapa hebat nya aku edit page time tu, rasanya sekarang aku budak C++. Setakat coding page tu dari warna hitam ke warna rainbow tu aku pejam mata je. Kalau tulisan kat page korang warna hitam macam tu je , page aku penuh warna pink, magenta, biru laut, biru awan. You name it.
Weh tgk, cerita pasal MySpace je tu.
Yang lain lain sambung di lain entry, Insya Allah :)
No comments:
Post a Comment