Monday, July 4, 2011

Sekali Lalu

Sabtu lepas gua pergi tengok Transformers. Aku taktau nak eja Transformer atau Transformers. Kadang kadang nak eja Sentinel pun jadi Sentinentel. Paling bangang pun aku cakap 'ala robot yang ada janggut tu'. Kalau Megatron pulak, kadang kadang jadik 'ala, robot yang bajet hensem tu'. Memang secara keseluruhan aku bagi 15/10 la cerita tu.

Tapi dalam panggung aku tak dapat duduk diam. Bukan aku yang bergerak, tapi mcm ada orang yang gerakkan seat aku. 'Sudah!' aku bersudah dalam hati. Lagi sekali mamat belakang ni tendang2 seat aku, memang aku tukar cerita Transformers jadi cerita Rasuk. Biar muka Rosie Huntington bertukar menjadi muka PakCik Sidek Hussin (dalam Karak orang panggil dia Tok Malam, tagline popular dia 'ajek'!) Tapi aku baik. Takkan lah orang bertudung nak bangun maki maki lelaki yang mungkin tersengaja nak tendang2 seat aku pulak ye tak?

Makin lama makin lain macam pulak perbuatan abang belakang dengan wanita sebelah di tu. Apa dia buat aku tak amek port. Lebih baik layan muka comel Shia LaBeouf dan Josh Duhamel. Aku dah lama dah aim Josh Duhamel sejak cerita Las Vegas kat AXN. Cerita pasal AXN, teringat masa zaman 2009, lepas sesudah habes kesemua sekali paper PMR, aku manjang tengok tv. Nak tengok internet, Facebook, dan segala bagai pun dah tak lalu dah. Itu belum kira aku tidur pukul 11 pagi sebab aku layan The Amazing Race dengan The Nanny. Padahal time tu mata dah rabak habes.

Berkenaan dengan cuti pada hari Isnin,s ebenarnya dari kebaikan, benda ni mendatangkan lagi keburukan sebab aku sekarang dah jadi malas. Nanti dibuat nya aku meroyan setiap Isnin tak nak datang sekolah, nak salahkan siapa? Takkan nak salahkan penggubal idea Larian Serentak tu? Kejam.

Eh dekat Twitter tadi aku merepek pasal nak tidur sekejap dan jugak mengulangkaji pelajaran berunsur Sains Krikital nama dia Biology.

Salam

No comments: